DBKU laksanakan penstrukturan semula organisasi tahun ini

Junaidi Reduan

KUCHING, 6 JAN: Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) akan melaksanakan penstrukturan semula organisasinya pada tahun ini.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Junaidi Reduan, ia perlu untuk menjadikan DBKU lebih efektif serta mencapai misi dan visinya.

“Oleh yang demikian, sebagai pendekatan holistik ke arah ini kita bercadang untuk melaksanakan penstrukturan semula dan akan dilakukan dalam tahun ini,”katanya.

Junaidi berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan DBKU Bersama Datuk Bandar hari ini.

Beliau turut menggesa warga DBKU untuk terus memberi komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas harian mereka.

Katanya, DBKU merupakan satu keluarga besar dan harus mencari penyelesaian kepada setiap masalah scara bersama.

“Kita tak dapat katakan saya bahagian keselamatam atau bahagian kewangan dan hanya memikirkan masalah kewangan atau keselamatan sahaja.

“Kita perlu berkerja berpasukan, hanya dengan cara itu kita boleh membuat impak,”ujar beliau.

Tambah Junaidi lagi, warga DBKU harus berusaha membuktikan bahawa mereka komited, berdaya saing dan berintregriti di mata masyarakat.

Pada majlis itu, Junaidi turut menyampaikan Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif serta Lean DBKU 2019.

Turut hadir Pengarah DBKU Dr Morshidi Ahmad.-DayakDaily