DBKU kuatkuasa peraturan baharu, gerai di sekitar Tebingan Kuching disita

Pegawai penguatkuasa DBKU merobohkan gerai-gerai di sekitar Tebingan Sungai Kuching.
Advertisement

KUCHING, 1 Julai: Mula hari ini, peniaga dilarang membuka gerai di sekitar Tebingan Sungai Kuching.

Penguatkuasaan ini adalah sebahagian daripada Ops Sita, iaitu inisiatif yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bagi memastikan pematuhan kepada peraturan baharu.

Walaupun terdahulu peniaga telah diberi notis bahawa tarikh 30 Jun adalah hari terakhir gerai dibuka, namun masih ada yang beroperasi.

Advertisement

Oleh yang demikian, pihak DBKU hari ini mengambil tindakan meroboh gerai, mengeluarkan papan tanda dan membersihkan kawasan.

Ops Sita yang diadakan selama sejam bermula jam 9 pagi tadi.

Salah satu gerai burger yang terkenal terletak di hadapan sebuah hotel turut dirobohkan.

Ia adalah sebagai peringatan kepada semua peniaga supaya mematuhi peraturan untuk mengelakan sebarang perkara yang tidak diingini. — DayakDaily

Advertisement