Datuk Zailani Hashim ketua pengarah JPJ baru

Zailani Hashim

KUCHING, 16 Dis: Datuk Zailani Hashim, 55, telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) hari ini.

Perlantikan beliau ialah susulan persaraan bekas Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid pada Sept 20 lepas.

“Warga JPJ menzahirkan ucapan tahniah kepada atas pelantikan Datuk Zailani Hashim sebagai Ketua Pengarah JPJ dan mengalu-alukan pelantikan beliau bagi menerajui Jabatan ini,” jelas JPJ dalam satu kenyataan akhbar hari ini.


Zailani bergaul mesra dengan warga JPJ di Putrajaya hari ini.

Kenyataan tersebut berkata Zailani berpengalaman luas di pelbagai kementerian dan agensi perkhidmatan awam, di mana sebelum ini, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

“Selain itu, beliau juga berpengalaman dalam bidang keselamatan dan ketenteraman awam termasuk pernah menjawat jawatan Pegawai Integriti dengan pengalaman bertugas di Kementerian Dalam Negeri.

“JPJ yakin pelantikan ini akan terus memacu kecemerlangan JPJ dalam menggalas amanah Negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini,” tambah kenyataan tersebut.— DayakDaily