DAP semak bagaimana GPS urus kewangan negeri — Chong

Chong (kanan) dan Lim (dua dari kiri) menandatangani plaq di majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading di Lundu. Turut kelihatan Mordi (tiga dari kiri).

This Content Is Only For Subscribers

Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
Your email address is 100% safe from spam!

Oleh Chris Bishop

LUNDU, 24 Sept: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan terus melakukan tugas semak dan imbang terhadap kerajaan Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, ia bagi memastikan kewangan Negeri diuruskan dengan baik.

“Sebagai pembangkang kita ada peranan untuk dilaksanakan. Di Sarawak kita terus melakukan tugas semak dan imbang berhubung bagaimana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membelanjakan wang Negeri.

“Sarawak ada sumber minyak, gas, hidrogen dan tenaga hidro tetapi apa yang penting ialah bagaimana wang itu diuruskan,” katanya.

Chong berkata demikian di majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Parlimen Mas Gading di Pekan Lundu hari ini.

Tambah Chong yang juga MP Stampin, DAP tidak boleh memberikan GPS ‘blank cheque” kerana di penghujungnya nanti generasi seterusnya akan membayar semuanya.

Kedua, katanya, DAP berperanan memastikan apa-apa projek yang dilaksanakan oleh kerajaan, kesannya mesti dirasai oleh rakyat.

Menurut beliau, projek yang diluluskan mesti membawa manfaat kepada rakyat dan bukan hanya untuk mengayakan individu tertentu.

“Situasi sekarang ialah kerajaan Negeri kaya dimana Premier umumkan pendapatan berbilion setiap tahun tetapi rakyatnya miskin.

“Bila kerajaan ke arah yang salah, kita DAP berperanan untuk membetulkannya,” ujar Chong.

Dalam pada itu, MP Mas Gading Mordi Bimol dalam ucapan aluan berkata Pusat Khidmat Mas Gading adalah bagi memberi kemudahan kepada rakyat bertemu dengan beliau.

Katanya, ia dibuka setiap hari di mana beliau akan berada di pusat tersebut pada Khamis dan Jumaat.

Turut hadir Penasihat DAP Tan Sri Lim Kit Siang. — DayakDaily