DAP Kapit menubuhkan 4 cawangan baru

Dari kiri: Wong, Agop, Leon, Chong, Elvis, Paren dan Larry semasa majlis penyerahan tersebut.

SIBU, Ogos 19: Sebanyak empat cawangan baru DAP Kapit yang terdiri daripada Cawangan DAP Katibas, Cawangan Bukit Goram, Cawangan Pelagus dan Cawangan Baleh ditubuhkan dan diserahkan kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Pegerusi DAP Sarawak David Wong, dan Leon Jimat Donald.

Menurut satu kenyataan media hari ini, turut hadir pada majlis penyerahan di Cawangan DAP Sibu ialah Pengerusi Cawangan DAP Katibas Paren Nyawi, Pengerusi DAP Bukit Goram Larry Asap, Pengerusi DAP Baleh Agop Linsong dan Pengerusi DAP Pelagus Elvis Impang.

Perkembangan sebelum ini PH Sarawak sudah memutuskan DUN Katibas, DUN Bukit Goram, DUN Pelagus dan DUN Baleh akan ditandingi oleh wakil Pakatan Harapan (DAP) untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-12 yang dijangkakan berlangsung pada tahun 2021.


Pengundi bagi DUN yang dinyatakan diataskan boleh menghubungi cawangan berkaitan untuk menjadi ahli parti DAP. — DayakDaily