Dadah Ekstasi bernilai RM10,000 dirampas

Serbuk MDMA atau lebih dikenali sebagai ecstasy yang dirampas dari suspek.

MIRI, 28 Ogos: Polis pada Khamis (Ogos 27) menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah jenis Ekstasi bernilai RM10,000.00 seberat 251.32 gram sejurus selepas suspek menuntut satu bungkusan dari sebuah pejabat kurier di Jalan Piasau Utara 4 di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Lim Meng Seah ketika ditemui pada Jumaat, suspek yang tidak bekerja itu telah ditahan sekitar jam 2.30 perang Khamis.

“Suspek yang berusia 44 itu kini sedang ditahan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Miri untuk siasatan lanjut,” ujar Lim.


Semasa tangkapan, polis telah merampas satu bungkusan plastik berwarna perak di dalam mengandungi satu paket plastik lutsinar berisi serbuk berwarna putih yang disyaki dadah jenis MDMA atau Ekstasi.

Suspek telah menjalani ujian saringan awal polis dan hasil ujian yang dijalankan dapati positif Methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.—DayakDaily