Dadah bernilai RM9,074 dirampas di Miri

PDRM logo
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 27 Ogos: Seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah telah diberkas polis pada petang Jumaat di tepi jalan di kawasan Miri Waterfront Commercial Centre.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Nakotik IPD Miri pada jam 3.30 petang

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, hasil pemeriksaan semasa serbuan, pihak polis menjumpai berbagai jenis dadah dalam satu bag galas milik suspek.

Katanya, pemeriksaan dilakukan itu menemukan 10 paket jus master (316.80 gram), tujuh biji pil erimin 5 (1.94 gram) dan tujuh paket ketamin dengan berat 7.26 gram.

Jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM9,074.05.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dinukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama. — DayakDaily

Advertisement