Oleh Cornelius Kadir Edison
KUCHING, 19 Mac: Dadah seberat 14,171.36 gram yang dianggarkan bernilai RM1.27 juta berjaya dirampas agensi penguatkuasaan narkotik Sarawak sepanjang Februari lalu, kata Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.
Katanya, dadah jenis syabu atau methamphetamine merekodkan jumlah rampasan tertinggi dengan iaitu seberat 13,034.41 gram diikuti dadah jenis ganja (1,100.55 gram), serbuk ecstacy (34.41 gram) dan ketamin (1.99 gram).
“Jumlah rampasan yang direkodkan bagi Februari 2021 ini adalah penurunan sebanyak 36 peratus berbanding dengan rampasan bagi Januari 2021 sebanyak 20.6 kg,” katanya pada sidang media laporan bulanan One-stop Centre bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) di sini hari ini.
Beliau berkata, MIDS berada pada landasan positif untuk menangani isu dalam rantaian dan penyalahgunaan dadah di Sarawak.
Katanya, menerusi 567 operasi pembanterasan dadah yang dilaksanakan pada Februari mampu menyekat sebanyak 130,612 kali penggunaan dadah dan susbtance terlarang sekali gus menyelamatkan 16,360 individu bagi tempoh sebulan di Sarawak.
Tambah Francis Harden, sejak tahun lalu, sejumlah 240 kilogram dadah jenis mampat berjaya dirampas oleh agensi penguatkuasa penguatkuasa iaitu Jabatan Sisastan Jenyah Narkotik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Manakala, rampasan dadah dalam bentuk pil sejak tahun 2020 adalah sebanyak 96,772 biji.
“Kesemua jumlah rampasan sejak 2020 ini dianggarkan bernilai RM23.6 juta,” katanya. — DayakDaily