Cubaan seludup 300 liter diesel gagal, seorang lelaki ditahan di Miri

Diesel disyaki diseludup dirampas.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 12 Sept: Cubaan seorang lelaki berusia 28 tahun menyeludup diesel sebanyak 300 liter menggunakan sebuah van di sini pagi tadi gagal, apabila ditahan Unit Risikan Marin Polis Marin Wilayah 5 Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, lelaki tersebut ditahan sekitar jam 10.30 pagi padi menerusi Ops Kontraban ditepi Jalan Krokop Utama hadapan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Chung Hua.


Hasil pemeriksaan dan pengakuan lisan dari pemandu van berkenaan telah mengaku membawa muatan minyak diesel didalam bahagian belakang kenderaan tersebut di dalam 12 tong jerrycan pelbagai saiz dan warna.

Nilai keseluruhan rampas berjumlah RM16,005.

“Pemandu van tersebut gagal mengemukan sebarang bukti berdokumen kebenaran memiliki/menyimpan/membawa barang kawalan tanpa permit/lesen/kebenaran khas dari pihak Kemneterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” ujar Alexson dalam satu kenyataan media.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Pegawai Penyiasat KPDNHEP Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya. — DayakDaily