Covid-19: Sarawak lapor kes positif baharu kedua tertinggi di belakang Selangor

Dr Noor Hisham Credit: Radio Television Malaysia (RTM).DDFilePhoto

PUTRAJAYA, 20 Mac: Sarawak melaporkan kes positif Covid-19 harian kedua tertinggi dengan 141 kes berbanding selangor (490 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah baharu bagi kes positif harian Covid-19 di seluruh negara masih kekal dibawah aras 2000 jangkitan dengan Sebanyak 1,268 kes baharu dilaporkan hari ini.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruh kes psitif Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 3316,808 kes dengan kebolehjangkitan sebanyak 14,637 kes.


Beliau berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, lima kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara melibatkan empat warga tempatan dan seorang warga asing.

“Daripada 1,263 kes jangkitan tempatan yang dilaporkan hari ini, 74.9 peratus melibatkan jangkitan kalangan warganegara manakala 25.1 peratus lagi melibatkan jangkitan kalangan warga asing yang berkerja atau bermastautin di negara ini.

“Sehingga kini, seramai 161 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 73 kes daripadanya masih memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kes berkenaan terus meningkat kepada 1,246 kes atau 0.37 peratus.

“Setakat jam 12 tengahari tadi sejumlah 1,083 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 320,925 kes bersamaan 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,”katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat kluster baharu dikesan hari ini dengan dua daripadanya merupakan kluster di tempat kerja manakala masing-masing satu kluster kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, sehingga kini sejumlah 1,314 kluster telah dikenalpasti diseluruh negara dengan 918 kluster telah diisytihar tamat termasuk 8
Lapan yang diistyharkan tamat hari ini

“ketika ini, sebanyak 395 kluster masih aktif termasuk empat kluster yang dikenalpasti pada hari ini dengan 56 kluster daripada jumlah kluster aktif itu merekod jumlah pertambahan kes baharu pada hari ini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Sansuria (52 kes), dan Kluster Industrian Permata Dua (51 kes) dan Kluster Teknologi Lot Enam (48 kes),” katanya. -DayakDaily