Covid-19: Kuching catat jumlah tertinggi dengan 109 kes

Covid-19 (file photo).

KUCHING, 2 Jan: Minggu epidemik ke-52 kes positif Covid-19 menyaksikan daerah Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata, Kuching mencatatkan 109 kes.

Manakala Daerah Sibu mencatat 39 kes, Miri (34), Bintulu (32), Sarikei (19) dan Serian (18).


Menurut JPBN, jumlah kes positif Covid-19 bagi minggu epid ke-52 menunjukkan penurunan berbanding minggu epid ke-51.

Sebanyak 330 kes dicatatkan pada minggu epid ke-46 berbanding 475 pada minggu sebelumnya.

“Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 323, 601 kes.

“Pada minggu epid ke-52, sebanyak 323 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala 7 kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata JPBN.

Daerah Kuching dan Bintulu masing-masing merekodkan satu kematian bagi minggu epid ke-52. — DayakDaily