Covid-19: Kes positif kembali satu digit, tujuh kes lagi dicatat

Filepix

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 Julai: Kes baharu positif Covid-19 kembali kepada satu digit apabila tujuh kes dilaporkan hari ini di seluruh negara iaitu satu kes penularan tempatan dan enam kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan mendedahkan kes-kes baru ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 8,725 kes dengan 83 kes adalah aktif kebolehjangkitan.


“Terdapat satu kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan kes pulih sepenuhnya dan discaj daripada wad adalah sebanyak 8,520 kes atau 97.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” menurut kenyataan itu.

KKM turut memaklumkan bahawa tiada kematian baharu dilaporkan, justeru jumlah kumulatif kes maut akibat wabak itu kekal sebanyak 122 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat empat kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya kes memerlukan bantuan pernafasan. — DayakDaily