Covid-19: Kes jangkitan baharu kekal di bawah paras 2 ribu kes hari ini

Status terkini Covid-19 Malaysia 18 Mac 2021

Oleh Cornelius Kadir Edison

PUTRAJAYA, 18 Mac : Jumlah kes jangkitn baharu Covid-19 di seluruh negara kekal di bawah aras 2000 jangkitan dengan Sebanyak 1,213 kes baharu dilaporkan hari ini.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruh kes psitif Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 328,466 kes dengan keboleh jangkitan sebanyak 14,742 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini enam kes merupakan kes import yang dikesan mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara dan lima warga asing.

Katanya, negeri Selangor masih lagi kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 353 kes dilaporkan hari ini diikuti Sarawak (303 kes) dan Johor (142 kes).

“Sehingga kini, seramai 155 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 54 kes daripadanya masih memerlukan bantuan alat penafasan,” katanya menerusi kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, terdapat tiga kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat kes berkenaan terus meningkat kepada 1,223 kes atau 0.37 peratus.

“Setakat jam 12 tengahari tadi sejumlah 1,503 kes dilaporkan sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada COVID-19 ialah 312,461 kes bersamaan 95.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat lima kluster baharu dikesan hari ini dengan 12 daripada nya merupakan kluster di tempat kerja manakala dua kluster lagi adalah kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Katanya, sehingga kini sejumlah 1,276 kluster telah dikenalpasti diseluruh negara dengan 848 kluster telah diisytihar tamat.

“Ketika ini, sebanyak 428 kluster masih aktif termasuk 9 kluster yang dikenalpasti pada hari ini dengan 66 kluster daripada jumlah kluster aktif itu merekod jumlah pertambahan kes baharu pada hari ini.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99 kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes),” katanya. — DayakDaily