Covid-19: 7 kes positif baharu manakala 6 individu pulih

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 24 Ogos: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat tujuh kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, ia melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import.

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 9,274 kes.


“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 184 kes,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Dr Noor Hisham, semua lima kes penularan dalam negara adalah melibatkan dua  warganegara dan tiga bukan warganegara.

Manakala dua kes import pula melibatkan satu kes warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 125 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak enam kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,965 kes atau 96.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.-DayakDaily