Covid-19: 2,998 kes baru, 5,709 pulih serta 22 kematian

Dr Noor Hisham

KUCHING, 17 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,998 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 2,997 kes tempatan dan 1 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 272,163 kes.

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 41,396 kes,ā€™katanya menerusi satu kenyataan.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 5,709 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 229,762 kes atau 84.42 jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 231 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 115 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 22 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1005 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 8 kes di Selangor, 4 kes di Sabah, 3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing 2 kes di Sarawak dan Perak, serta 1 kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor.

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 10 kluster berkaitan tempat kerja, 2 kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, dan 1 kluster komuniti.-DayakDaily

Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah