Covid-19: 1,870 kes baru dan 6 kematian

Dr Noor Hisham

KUCHING, 30 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,870 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,868 kes tempatan dan 2 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 110,485 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 22,562 kes,ā€™katanya menerusi satu kenyataan.

Negeri Johor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 607 kes. Ini diikuti oleh Selangor dengan 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 745 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 87,460
kes atau 79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 131 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 62 kes memerlukan bantuan
pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 6 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah
kumulatif kes berkenaan 463 kes.

ā€œDukacita dimaklumkan terdapat 6 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 5 kes warganegara dan 1 kes bukan warganegara.

ā€œEmpat kes kematian dilaporkan di Sabah manakala masing-masing 1 kes dilaporkan di Selangor dan Johor. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,ā€™ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 8 kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Tembok Choh di Johor, Kluster Tapak Bina
Broga(Selangor), Kluster Tapak Bina Jalan Stesen(Kuala Lumpur), Kluster Slot Berjaya(Kuala Lumpur).

Kluster Jalan Nikolas di Kuala Lumpur, Kluster Gerbang Pongsu(Perak), Kluster Damai Ketari(Pahang) dan Kluster Alor di Kuala
Lumpur.-DayakDaily