Covid-19: 177 pelajar, guru di Sibu disahkan positif

Sibu's iconic landmark — the swan statue by the Rajang River.

SIBU, 25 April: Seramai 177 orang guru dan murid didapati positif Covid-19 di Sibu bagi tempoh 12 hari kebelakangan ini.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, kesemua jumlah kes positif tersebut melibatkan dua kluster selepas 3,716 ujian saringan awal calitan Covid-19.

“Bagi tempoh bermula 11 April hingga 23 April lalu, sejumlah 85 buah sekolah di Bahagian Sibu terjejas akibat penularan jangkitan Covid-19.


“Daripada jumlah itu, 46 buah sekolah melibatkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan, 23 buah sekolah menengah, 11 buah tadika atau taska manakala empat buah lagi melibatkan prasekolah,” katanyan ketika memuat naik kesimpulan sekolah yang terjejas akibat Covid-19 di Sibu menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Dalam posting tersebut, Dr Annuar turut membangkitkan soalan perlukan sekolah di Sarawak dibuka apabila kadar penularan jangkitan Covid-19 di institusi terbabit agak membimbangkan.

Namun begitu ujarnya, semua pihak perlulah mempunyai kesedaran terhadap kepentingan menjaga prosedur operasi standard (SOP) selain perlu sentiasa menegur semasa sendiri berkaitan perkara itu.

Dalam pada itu, Dr Annuar sebelum ini menjelaskan kes jangkitan di tempat kerja yang meliputi kawasan sekolah  menjadi antara punyumbang utama kepada peningkatan kes positif Covid-19 di Sibu.

Sektor tersebut katanya, menymbang 47 peratus jumlah jangkitan positif kes Covid-19 bagi tempoh dua minggu kebelakangan ini dengan empat kluster dilapor melibatkan jangkitan tempat kerja. — DayakDaily