Covid-19: 1,741 kes baharu dan 7 kematian

Covid-19 (file pic)

KUCHING, 4 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,741 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,733 kes tempatan dan lapan kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 120,818 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 22,089 kes,” katanya menerusi satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 687 kes. Ini diikuti oleh Sabah dengan 303 kes dan Johor sebanyak 295 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,010 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 98,228 kes atau 81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 122 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 53 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 501 kes.

ā€œDukacita dimaklumkan terdapat tujuh kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan semua kes warganegara.

ā€œTiga kes kematian dilaporkan di Sabah dan dua kes di Johor. Manakala masing-masing satu kes dilaporkan di Selangor dan Pahang. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat lima kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Duyong di Selangor, Kluster Pasar Jalan Sentosa (Selangor), Kluster Jalan Nakhoda (Kuala Lumpur), Kluster Ehsan Ibol (Selangor) dan Kluster Telok Mas di Melaka. ā€” DayakDaily