Covid-19: 1,680 kes baharu dan 7 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 6 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,680 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,677 kes tempatan dan tiga kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 311,777 kes.

Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 21,159 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 826 kes. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 221 kes dan Johor sebanyak 139 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 2,538 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 289,452 kes atau 92.84 peratus daripadaĀ  jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 172 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 84 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,148 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Selangor, tiga kes di Sarawak dan satu kes di Sabah.

“Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan komuniti. ā€” DayakDaily