Covid-19: 1,555 kes baharu dan 6 kematian

Covid-19 file pic

KUCHING, 2 Mac: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,555 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,552 kes tempatan dan tiga kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 304,135 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 24,563 kes,ā€ katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 672 kes. Ini diikuti oleh Johor dengan 163 kes dan Sarawak dengan 159 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 2,528 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 278,431 kes atau 91.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 204 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 96 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan enam kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,141.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak.

“Sebanyak lima kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi. ā€” DayakDaily