Calon Petra Jaya PKR kutuk keras tindakan bendera parti dibakar

Kelihatan bendera PKR yang dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

KUCHING, Mei 2: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kawasan Parlimen Petra Jaya Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor mengutuk keras tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membakar bendera parti berkenaan.

Nor Iwan mendakwa, perbuatan membakar bendera parti itu dikesan dilakukan di Jalan Nanas Barat, iaitu berhampiran pasar raya Unaco, Kampung Kudei di sini.

Dakwanya, tindakan seumpama seperti tidak matang dalam berkempen dalam negara demokrasi.


“Saya tidak gentar meskipun terdapat tindakan ala samseng dan ugutan ke atas saya kerana saya akan terus melawan demi rakyat di sini.

“Perasaan bengang dan kesal memang ada, tapi saya harap pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mengulangi tindakan mereka,” katanya di sini hari ini.

Kelihatan bendera PKR yang dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Tambahnya, satu laporan polis berhubung kejadian itu oleh bagi siasatan lanjut.

Katanya, meskipun pendirian politik individu berbeza, namun mereka perlu berkempen secara berhemah dan bertamadun.

“Saya berharap kejadian ini tidak akan menjejaskan strategi kempen kami bagi mendekati masyarakat akar umbi,” katanya. ā€” DayakDaily