Cadang terus projek mitigasi banjir jika terdapat keperluan mendesak

Kelihatan Willie (kiri) bersama penduduk di pekan Siniawan bergotong-royong membersihkan pekan tersebut yang dilanda banjir pada Rabu lalu.
Advertisement

KUCHING, 16 Jan : Candangan untuk membina tembok mitagasi banjir akan terus dicadangkan kepada kerajaan negeri atau persekutuan jika terdapat keperluan mendesak untuk berbuat demikian.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Willie Mongin berkata, ia bagi membolehkan pihak terlibat untuk memberikan penekanan dan respon tuntas terhadap pemasalahan bencana banjir yang di hadapi oleh penduduk terlibat.

Katanya sejak 2018 hingga kini lebih kurang enam projek mitigasi banjir telah dilaksanakan bagi kawasan Parlimen Puncak Borneo.

Advertisement

“Sekiranya ada kawasan yang mendesak dan menekan, kita akan cadangkan pihak kerajaan untuk memberi tumpuan dan juga memberi penekanan dan respon yang tuntas supaya kita boelh menyelesaikan masalah kita disini.

“Kawasan Siniawan ini memang kita sedia maklum ia kawasan perlancongan dan kita ingin melihat kawasan ini terus maju dan tidak terjejas,” katanya.

Willie berkata, kawasan pekan Siniawan perlu diberikan perhatian khusus dalam projek berkenaan memandangkan potensi kawasan tersebut sebagai pusat perlancongan.

Justeru ujar beliau, pihaknya akan sentiasa berkerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan projek mitigasi banjir di pekan tersebut dapat dilaksanakan dalam kadar yang segera.

“Kita memang berkerja sama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serembu Miro Semuh yang mana beliau mencadangkan projek Tebingan Siniawan dan secara tidak langsung projek mitigasi banjir di tebing-tebing sungai ini juga akan diperhalusi,” katanya.

Mengulas projek mitigasi di kawasan Parlimen Puncak Borneo, beliau berkata, terbaharu, projek mitigasi banjir di Kampung Sebemban yang menalan kos sebanyak RM2.7 juta dan dilaksanakan pada tahun lalu.

Katanya, sejak 2018 lalu, lebih kurang lima hingga enam projek serupa telah dilaksanakan di kawasan Parlimen Puncak Borneo.

“Kita akan terus memohon kepada pihak kerejaan supaya mereka melihat perkara ini sebagai sesuatu perkara yang harus diberikan tumpuan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement