Buaya seberat 100kg ditangkap di Kg Spaoh

Buaya tersebut dilepaskan di Sungai Layar.
Advertisement

SPAOH, 5 Jan: Seekor buaya sepanjang 8 kaki yang dianggarkan seberat sekitar 100kg ditangkap di Kampung Spaoh malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata buaya tersebut ditemui terperangkap di dalam parit oleh penduduk kampung.

Beberapa anggota RELA bersama penduduk kampung kemudian menangkap buaya tersebut menggunakan tali.

Advertisement

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang hadir di lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 10.45 malam kemudian bersama-sama menarik buaya tersebut dari dalam parit dan mengangkatnya ke atas kenderaan.

Seterusnya buaya tersebut dibawa ke BBP Betang untuk diserahkan kepada Sarawak Foresty Corporation (SFC).

Difahamkan buaya tersebut kemudian dilepaskan ke habitat asalnya di Sungai Layar atas arahan SFC. — DayakDaily

Advertisement