‘Buat keputusan tepat dalam PRU14’

Jamilah (duduk tiga dari kiri) bersama masyakarat setempat di Seketi, Lundu.
Advertisement

LUNDU, Mei 7: Penduduk di Tanjong Datu perlu membuat keputusan tepat semasa mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 9 ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datin Patinggi Jamilah Anu berkata, dalam memilih wakil rakyat khususnya bagi kawasan Parlimen Santubong, para pengundi harus menyokong calon Barisan Nasional (BN) yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Jelas beliau, ini adalah penting supaya wakil rakyat yang dipilih kelak tahu memenuhi tuntutan masyarakat di kawasan berkenaan selepas memenangi pilihan raya nanti.

Advertisement

“Calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar adalah pilihan yang tepat kerana mempunyai pengalaman yang luas pada peringkat kerajaan persekutuan.

“Sehubungan itu, saya mohon penduduk yang keluar mengundi pada Rabu ini agar membuat pilihan bijak dengan memilih calon BN yang diyakini mampu membantu dan membela nasib mereka,” katanya di sini semalam.

Jamilah menambah, calon pembangkang hanya tahu datang untuk berceramah semasa kempen tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk masyarakat seandainya dipilih menjadi wakil rakyat.

Katanya, beliau percaya keikhlasan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar sekali gus menambah keyakinan terhadap mereka.

“Lantas, masyarakat di Tanjong Datu harus menolak budaya politik pembangkang yang menggunakan hasutan untuk memancing undi.

“Kita harus menutup pintu rapat-rapat untuk memasti Pakatan Harapan tidak bertapak di Sarawak kerana kita tidak mahu budaya yang meracuni pemikiran rakyat,” katanya lagi. ā€” DayakDaily

Advertisement