Brunei lanjutkan penangguhan sementara kebenaran rentas sempadan hingga 15 Jun

Travel and passport - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 8 Jun: Brunei melanjutkan penangguhan sementara kebenaran aktiviti rentas sempadan selama 15 hari mulai 1 hingga 15 Jun ini.

Jabatan Perdana Menteri Brunei dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia melibatkan kemasukan warga asing melalui pos-pos kawalan darat dan laut termasuk perjalanan transit.

“Penangguhan juga melibatkan aktiviti keluar dan masuk negeri secara ulang alik melalui pos-pos kawalan darat mahupun laut bagi tujuan pekerjaan,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, pertimbangan hanya diberikan bagi kemasukan dan perjalanan transit bagi kenderaan yang mempunyai permit lintas batas dan penyata kebenaran transit yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei.

Ini dengan jaminan atau sokongan pihak berkuasa negara yang berkenaan.

“Dengan dikenakan syarat dan prosedur kemasukan sedia ada bagi tujuan urusan rasmi kerajaan, persekolahan, perkhidmatan kecemasan serta ‘vaccinated transport operators’ yang berdaftar di luar negara dengan permit dikeluarkan oleh kerajaan Brunei,” katanya. — DayakDaily