KUCHING, Mac 10: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah hari ini mengadakan kunjungan hormat terhadap Menteri Pendidikan Brunei, Dato Seri Awang Hamzah Sulaiman.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk menjemput para pendidik kanak-kanak dan ‘speaker’ dari Brunei untuk menyertai Persidangan Antarabangsa Pendidikan Pra Sekolah di Miri.
Persidangan dengan tema ‘Asas Pembinaan Watak Insan’ itu bakal diadakan pada September 11 hingga 13.
Turut menyertai rombongan, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Ahli Lembaga Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak, Datu Adi Badiozaman Tuah. — DayakDaily