Bonnie raih pingat emas pertama Sukan Paralimpik Tokyo 2020

Bonnie berjaya meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram hari ini. Foto Fail
Advertisement

KUCHING, 28 Ogos: Bonnie Bunyau Gustin mencatat sejarah sebagai atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Jaguh powerlifting negara yang berasal dari Kampung Taee, Serian itu meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) di Tokyo International Forum, sebentar tadi.

Bonnie ,22, memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg mengatasi pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Advertisement

Pada Jun lalu, Bonnie memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE). — DayakDaily

Advertisement