Bomba tangkap ular sesat masuk rumah di Sri Aman

Anggota Bomba sedang berusaha menangkap ular tersebut.

SRI AMAN, 18 April: Seekor ular berbisa berjaya ditangkap dan dilepaskan ke habitat asalnya selepas memasuki sebuah rumah di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) memberitahu pihaknya mendapati maklumat berhubung kejadian pada jam 10.03 malam.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman terus ke lokasi kejadian dan didapati terdapat seekor Ular Katam Belang berada di ruang tamu rumah tersebut.


“Pasukan bomba kemudian bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut ular,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas memastikan keadaan selamat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut. — DayakDaily