MIRI, 5 Dis: Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri gagal apabila dia berjaya dipujuk oleh anggota Bomba dan penyelamat yang berada di lokasi kejadian.
Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima pangilan kecemasan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 8.33 malam tadi,
Katanya ketika sampai di lokasi kejadian komander operasi memaklumkan mangsa berada di tingkat satu sebuah hotel di sini dalam keadaan ingin terjun dari bangunan tersebut.
“Anggota yang berada dilokasi kejadian terus bertindak memujuk mangsa agar dia membatalkan niatnya itu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Ujarnya mangsa yang berjaya dipujuk dan diselamatkan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakkan selanjutnya.
Punca kejadian dan sebab mangsa ingin berbuat demikian masih dalam siasatan. — DayakDaily