Biawak menjadi haiwan peliharaan kesayangan

Caesar bersama biawak peliharaannya Clyde.
Advertisement

KUCHING, 5 Julai: Memelihara biawak kini semakin menjadi pilihan kepada orang ramai yang gemar kepada haiwan eksotik.

Antara memilih memelihara biawak ialah ibu kepada empat anak, Caesar P Jasmy, 38, yang berasal dari Kuching dan kini menetap dan bekerja di Kuala Lumpur.

“Saya memelihara seekor biawak jenis Bearded Dragon yang kini berusia antara tiga atau empat tahun,” katanya ketika dihubungi DayakDaily.

Advertisement

Caesar berkata biawak kecil tersebut yang dinamakannya Clyde diberi makanan daun sayuran dan adakalanya serangga seperti cengkerik.

“Saya memelihara haiwan eksotik ini kerana ada masalah alahan kepada bulu anjing dan kucing. Hanya spesis tertentu anjing dan kucing dapat dipelihara saya dan harganya amat mahal,” katanya.

Caesar berkata kebanyakkan orang memang geli dan tidak menyukai haiwan reptilia peliharaanya itu tetapi baginya haiwan itu tidak menganggunya malahan menjadi rakan baiknya ketika di rumah.

“Clyde sentiasa di sini sama ketika membuat kerja rumah atau ketika duduk berehat di sofa dan ketika tidur di sebelah, saya memberinya selimut,” katanya.

Katanya adakalanya haiwan tersebut diletakkanya dalam akuarium sekirang ada rakan mengunjungi rumahnya dan haiwan terbabit sentiasa diberikan mandi bagi menjaga kebersihannya sama seperti haiwan peliharaan biasa lain.

Caesar berkata biawak terbabit tidak perlu lesen bagi dijadikan haiwan peliharaan dan boleh dibeli di kedai haiwan biasa. — DayakDaily

Advertisement