This Content Is Only For Subscribers
SERIAN, 26 Ogos: Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mempelawa pencari kerja untuk memanfaatkan 48 buah Pusat Sehenti MY Future Jobs di seluruh negara.
Menurut beliau, ia merupakan inisiatif PERKESO dengan institusi dan agensi bagi memperkasa dan meningkatkan peluang pekerjaan bagi komuniti bandar dan luar bandar.
“Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan (NIOSH) turut menyediakan program-program latihan seperti pakej khas kursus Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (SHO).
“Terdapat juga Program Kompetensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP),” katanya di Perasmian di Karnival Kerjaya Dan Pendidikan SABERKAS 2023 di Pusat Konvensyen Serian hari ini.
Teks ucapan beliau dibaca Adun Bukit Semuja John Ilus.
Berhubung karnival, Abdul Karim percaya bahawa semua “booth” syarikat yang turut serta akan dapat memanfaatkan semua belia yang berkunjung.
“Ambil peluang ini untuk mendapatkan seberapa banyak informasi tentang peluang pekerjaan.
“Buat para belia dan semua yang hadir, apa lagi yang hendak ditunggu? Jangan sia-siakan peluang ini,” katanya. — DayakDaily