Bekerjasama Untuk Membantu Mangsa Banjir, Ugak

Ugak (berbaju hijau) menyerahkan bantuan kepada Guru Besar Sk Nanga Kain, Payakon Bin Golong sambil diperhatikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Bukit Mabong, Calvin Ligong.

Kapit : Pihak SK Nanga Kain digesa untuk bergotong – royong dengan masyarakat setempat untuk membersihkan kawasan sekolah yang telah dilanda banjir baru – baru ini.

Ahli Parlimen Hulu Rejang, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan pada masa ini untuk memulihkan keadaan di kawasan tersebut terutamanya di kawasan sekolah.

“Saya amat berharap agar pihak sekolah bertindak dengan kadar yang segera untuk memulihkan keadaan di sekolah kerana kelas, asrama serta kuarters guru telah mengalami kerosakan yang teruk akibat banjir ini,” katanya ketika dihubungi dayakdaily.com


Semasa lawatan itu, Ugak telah menyumbangkan wang bantuan peribadi sebanyak RM 3,000 sebagai tambahan kepada sumbangan RM 10,000 daripada geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

SK Nanga Kain yang mempunyai 64 orang pelajar merupakan salah satu sekolah di Sarawak yang terjejas akibat banjir pada 15 Ogos lepas.-dayakdaily.com