Bekalan air Lundu dijangka beransur pulih selepas penyelesaian kerja pembaikan petang ini

Pekerja kontraktor sedang membaiki saluran paip utama bersaiz 160mm HDPE di Kampung Perian.

KUCHING, Nov 15: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Daerah Lundu meminta penduduk kawasan Lundu tidak khuatir sekiranya air paip mereka menjadi sedikit keruh hari ini.

Ini berikutan, kerja pembaikan saluran paip utama bersaiz 160mm HDPE di Kampung Perian telah selesai sepenuhnya oleh pihak kontraktor pada jam 2.30 petang tadi.

“Oleh itu, bekalan air bagi kawasan yang terjejas akan beransur pulih secara berperingkat dan sekiranya berlaku kekeruhan ianya bersifat sementara,” menurut kenyataan umum JBALB Lundu di laman Facebooknya hari ini.


Menurut JBALB Daerah Lundu, kekeruhan air paip yang sementara terbabit disebabkan pergolakan air di sepanjang paip selepas kerja pembaikan dilakukan kontraktor.

Antara kawasan yang terjejas dengan kerja pembaikan itu ialah bermula dari Pump Batang Kayan Booster Bau-Lundu hingga ke Jambatan Batang Kayan Lundu/ Kem Sempadi (ULS) Sempadi/ Kampung Gerunggang Lama&Baru/Kampung Temelan Melayu/Kampung Kloah/ Jalan Lundu-Sempadi/Kampung Sempadi/ Kampungg Setunggang Ulu, Sekolah Menengah Kebangsaan Senibong/Kampung Senibong. — DayakDaily