Bekalan air di Tedungan dan Ulu Tedungan kini pulih

File photo for illustration purposes only. Photo: Pixabay

KUCHING, 20 Feb: Bekalan air di semua kawasan Tedungan dan Ulu Tedungan kini pulih seperti biasa.

LAKU Management Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, kerja pembaikan bagi mengatasi masalah kini selesai dilaksanakan.

“Pada masa ini, kakitangan kami akan terus memantau situasi.


“Ia untuk memastikan tekanan air dipulihkan dan stabil sepenuhnya di seluruh kawasan,” katanya.

Tambah LAKU, selepas pemulihan bekalan air, bekalan air terawat mungkin kelihatan keruh atau kotor selepas proses pembaikan yang sebelumnya.

Pihak LAKU akan menjalankan aktiviti flushing secara menyeluruh untuk memastikan kebersihan dan keselamatan bekalan air. — DayakDaily