Oleh Chris Bishop
KUCHING, Mac 17: Gerai Bazar Ramadan yang bakal diadakan pada bulan April depan berkemungkinan besar dibatalkan, kata Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Menurut beliau, bazar ramadan mungkin dibatalkan sekiranya tempoh perintah kawalan pergerakan yang diumumkan perdana menteri malam tadi dilanjutkan.
“Namun, setakat ini kita masih belum membuat sebarang keputusan rasmi berkenaan gerai bazar ramadan pada bulan April kelak.
“Seandainya arahan daripada kerajaan untuk melanjutkan tempoh mengurangkan pergerakan masyarakat berlanjutan sehingga bulan April, kemungkinan besar gerai bazar ramadan akan kita batalkan.
“Tetapi ia bergantung kepada keputusan kerajaan, apa yang hendak dilaksanakan pada bulan depan,” katanya.
Tambah beliau lagi, perintah kawalan ini juga adalah termasuk penutupan gerai-gerai pasar malam yang melibatkan perhimpunan orang ramai.— DayakDaily