Bawa parang dan gergaji pemotong kayu keluar rumah, seorang lelaki ditahan polis dalam Ops Aidilfitri

Suspek (dua dari kanan) ditahan anggota RCJ balai Polis Pusat Miri pada Ahad.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Mei: Seorang lelaki warga tempatan ditahan anggota unit Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Pusat Miri pada malam Ahad kerana membawa parang pemotong daging dan gergaji pemotong kayu ketika Ops Aidilfitri dijalankan.

Lelaki berusia 53 tahun itu ditahan berhadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Permyjaha sekitar jam 10.30 malam.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, kedua-dua barangan tersebut ditemui disimpan dibawab tempat duduk motorsikal suspek.

Sebelum penahanan dilakukan, lelaki terbabit kelihatan mencurigakan menunggang sebuah motorsikal di kawasan itu oleh anggota unit RCJ Balai Polis Pusat Miri.

Pemeriksaan lanjut yang dilakuman terhadap suspek, anggota RCJ telah menemukan sebilah parang pemotong daging berukuran 36 sentimeter panjang dan gergaji pemotong kayu yang disimpan di bawah tempat duduk motorsikalnya.

Suspek telah dibawa ke lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)Akta Senjata Berjadual dan Barang Kakisan. — DayakDaily

Advertisement