Bantuan khas Aidilfiti RM500 untuk penjawat awam

File photo for illustration purposes

KUCHING, 22 April: Kerajaan akan memberikan bantuan khas Hari Raya Aidilfitri kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan Gred 56 ke bawah dan pesara kerajaan pada 6 Mei ini.

Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan nberkata pegawai perkhidmatan awam akan menerima sebanyak RM500 manakala pesara kerajaan akan menerima sebanyak RM250.

Katanya, bantuan khas Aidilfitri ini juga akan dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan kontrak, pegawai sambilan harian dan pegawai dibawah lantikan MySTEP.

“Bantuan khas tersebut akan memnafaatkan lebih dua juta penjawat awam dan persara kerajaan di seluruh negara.

“Pengumuman pemberian bantuan khas Aidilfitri tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keperihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri” katanya.

Menurut kenyataan itu, bantuan itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab dan menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya ketika negara mengharunggi tempoh sukar akibat penularan wabak Covid-19.

Katanya, pemberian bantuan khas itu diharap akan dapat meringankan beban kewangan penjawat awam serta persara kerajaan sekaligus menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh didikasi. ā€” DayakDaily