KUCHING, 16 Jan: Situasi banjir yang melanda Sarawak kian reda dengan 2,414 mangsa masih ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah yang terjejas akibat bencana itu petang tadi.
Jumlah itu berkurangan berbanding 3,780 mangsa yang ditempatkan di 43 PPS pada jam 12 tengah hari tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga jam 5 petang tadi, Kuching kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan dengan 1,328 mangsa daripada 323 keluarga.
“Kesemua mangsa-mangsa ini ditempatakn di 11 bah PPs yang dibuka sejak Rabu lalu.
“Ini dikuti daerah Serian dengan 1,079 mangsa dipindahkan di 10 PPS, manakala daerah Miri dengan tujuh mangsa yang ditempatkan di satu PPS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dua PPS di daerah Serian menunjukkan trend peningkatan mangsa sementara satu lagi PPS mencatatkan penurunan jumlah magsa yang di pindahkan.
“PPS Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh dan PPS Dewan Masyarakat Serian menunjukan teren peningkatan mangsa pada ketika ini dengan masing-masing menempatkat 329 dan 74 orang mangsa.
“Manakala PPS Dewan Kampung Siniawan Jepon menunjukkan tren penurunan mangsa yang dipindahkan dengan seramai 29 mangsa masih lagi ditempatkan di PPS tersebut,” katanya. — DayakDaily