Bangunkan polisi yang merangkumi keseluruhan aspek alam sekitar

Dr Hazland (duduk enam dari kanan) merakamkan kenangan bersama pegawai-pegawai kanan NREB.

KUCHING, 11 Jan: Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak perlu membangunkan polisi yang merangkumi keseluruhan aspek alam sekitar.

“Ia meliputi perubahan iklim, gas rumah hijau, perhutanan, penilaian sosial, pengurusan sisa pepejal dan pencegahan pencemaran,” katanya.

Dr. Hazland berkata demikian pada perjumpaan khas bersama pegawai-pegawai Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) di Kuching hari ini.


Beliau juga turut menyarankan agar NREB akan lebih aktif bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Ujar beliau, ini memandangkan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab semua pihak.

Semasa perjumpaan khas tersebut, Dr. Hazland telah diberi taklimat oleh Controller Kualiti Alam Sekitar Peggy Ronin anak Edin.

Taklimat tersebut merangkumi peranan dan fungsi NREB, isu-isu semasa berkaitan alam sekitar di Sarawak serta perancangan ke arah Matlamat Pembangunan Mapan 2030. ― DayakDaily