Bangunan lama menempatkan stor ubat terbakar

Pasukan bomba sedang berusaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

KUCHING, April 7: Sebuah bangunan yang menempatkan stor ubat bagi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di Jalan Datuk Marican Salleh di sini telah terbakar petang tadi.

Kebakaran kira-kira pukul 6.10 petang itu telah mengakibatkan bangunan yang tidak digunakan itu lagi telah terbakar 60 peratus.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada pukul 6.11 petang.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Tabuan Jaya telah bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Anggota bomba dari BBP Tabuan Jaya dan BBP Padungan juga telah ke lokasi sebagai pasukan bantuan.

“Sebaik tiba, komander operasi melaporkan api sedang marak membakar bangunan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, buat masa ini pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran itu.

“Operasi berkenaan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya. — DayakDaily