Bangunan kedai tiga tingkat terbakar, punca kejadian masih disiasat

Fire and Rescue Department Malaysia/ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia logo

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Dean Adam

SIBU, Jun 2: Sebuah bangunan kedai tiga tingkat musnah terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Jalan Lalang di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 5.36 pagi.


Jelasnya, sepasukan tujuh anggota bomba dari BBP Sibu kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, komander operasi melaporkan api sedang marak membakar rumah kedai tiga tingkat.

“Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan kerja-kerja memadam kebakaran bagi memastikan api tidak merebak,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Buat masa ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily