Bangunan kedai terbakar di Jalan Salim, Sibu

Gambar komposit menunjukkan anggota Bomba menggunakan kren awam dalam usaha memadam kebakaran.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SIBU, 10 Jan: Sebuah bangunan kedai di Jalan Salim, dilaporkan terbakar pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.21 pagi.

Katanya, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah di lokasi kejadian, mereka mendapati kebakaran berlaku di tingkat tiga bangunan tersebut.

“Komander operasi melaporkan kebakaran berlaku di tingkat tiga yang dijadikan tempat tinggal pekerja.

“Pemadaman dilakukan dengan cara ‘defensive’ dan ‘offensive’ dengan cara anggota naik ke bangunan melalui tangga bangunan manakala di sebelah luar pula bantuan diberi dari lori kren awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.44 pagi dan padam sepenuhnya pada jam 10.10 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat pada jam 10.53 pagi,” katanya. — DayakDaily