Banduan dicekup sehari selepas melarikan diri

PDRM logo.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 13 Ogos: Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis di pekarangan Mahkamah Miri pagi Rabu ( 12 Ogos), berjaya ditahan semula berdekatan simpang Marudi petang tadi (Khamis, 13 Ogos).

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Lim Meng Seah berkata bahawa tahanan dikenali Boniface Lagil, 25, ditahan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Miri sekitar jam 2.46 petang tadi.


Tahanan kini sedang ditahan di Balai polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Pada pagi Rabu (12 Ogos) tahanan secara tiba-tiba melarikan diri sebaik sampai di perkarangan komplek Mahkamah Miri.

Dalam kejadian itu, tahanan meloloskan diri dari anggota polis yang mengiringinya sebaik turun dari kenderaan tersebut dengan tangan bergari dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 8.40 pagi itu.—DayakDaily