Bakso urat-bakso beranak, ayuh ke Pasar Serikin

Sup tulang Cafe Obut Nyarom.

Oleh Chris Bishop

BAU, 26 Mei: Bukan sekadar menawarkan pelbagai jenis barangan, Pasar Serikin juga terkenal dengan pelbagai hidangan bakso.

Bagi penggemarnya, cubalah bakso urat, bakso beranak, bakso ayam atau bakso super special.

Advertisement

Di sepanjang kawasan berniaga, terdapat beberapa gerai menjual bakso wujud di celah-celah gerai barangan lain.

Ia diusahakan oleh peniaga peniaga dari Pontianak, Singkawang, Sambas termasuk penduduk Serikin sendiri.

Bagi yang mahukan kelainan, cubalah gerai Bakso Jawa Muslim.

Menu Bakso Jawa Muslim.

Selain hidangan ini, gerai-gerai makanan di pasar hujung minggu ini juga menyediakan sup tulang yang boleh dicuba oleh pengunjung.

Terdapat juga mee kolok sup sapi, soto ayam, nasi ayam penyet, nasi rendang, nasi campur dan pece lele.

Bagi penggemar sup tulang pula, Cafe Obut Nyarom semestinya dicuba.

Penyediaannya ringkas, tapi rasanya menyelerakan lebih-lebih lagi bersama nasi panas.

Tinjauan DayakDaily pada semalam mendapati Pasar Serikin menjadi tumpuan penduduk tempatan termasuk pengunjung dari Semenanjung Malaysia.

Masyarakat Dayak mengambil peluang membeli barangan keperluan bagi Perayaan Gawai pada hujung minggu depan.

Gerai menjual pakaian tradisional khususnya baju burung menjadi pilihan utama.

Seperti kelaziman, berlaku aktiviti tawar menawar dengan pengunjung ingin mendapat harga terbaik bagi setiap pembelian.

Terdapat juga pelbagai jenis pakaian berasaskan batik, barangan kraf tangan seperti tikar buluh dan perabot Jati dengan harga berpatutan. — DayakDaily

Masyarakat Dayak mengambil peluang membeli pakaian tradisional untuk dipakai pada Hari Gawai Sabtu ini.
Advertisement