Ayam pencen laku di Sibu Jaya

Kelihatan pengunjung Pasar Sibu Jaya membeli ayam pencen hidup.

SIBU, 19 Mac: Ayam pencen siap dibungkus menggunakan keratan akhbar antara tarikan utama Market Tamu Sibu Jaya.

Di jual dengan harga sekitar RM20 hingga RM25 seekor, ia merupakan ayam tua yang sesuai dimasak ‘pansuh’.

“Saya ke sini untuk membeli ayam pencen hidup dan ia merupakan tarikan utama pengunjung di sini.


“Market ini adalah tempat untuk penduduk di sekitarnya untuk mendapatkan bekalan ayam.

“Sebut sahaja bahagian mana anda mahu, semua ada dijual di sini.

Beberapa gerai menjual organ dalaman ayam selain ayam pencen.

“Memang ayam pencen laku di sini,” kata seorang pembeli ketika ditemui di Market Tamu Sibu Jaya hari ini.

Tinjauan mendapati selain ayam pencen hidup, kaki dan perut ayam serta hati, telur dan buntut yang sudah diproses juga dijual oleh beberapa gerai.

Organ dalaman ayam ini dijual sekitar harga RM5 dan RM10 sepinggan. — DayakDaily