Awang Tengah terima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Awang Tengah (enam dari kanan) menerima kunjungan hormat Lokman Hakim (lima dari kiri). Foto: Ukas

KUCHING, 17 Ogos: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada semalam menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lokman Hakim Ali di Pejabatnya di Wisma Sumber Alam.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), kunjungan lebih satu jam tersebut membincangkan berhubung pembangunan industri.

Ia termasuk peruntukan untuk pembinaan taman perindustrian di Sarawak.


Pertemuan bersama Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan turut membincangkan perancangan kerjasama antara kedua-dua pihak untuk meningkatkan pelaburan ke Sarawak. ā€” DayakDaily