ATM usir 34 Pati sejak 1 Januari hingga semalam

Antara Pati yang diusir oleh angkatan Tentera Malaysia kembali ke negara asal ketika cuba memasuki Sarawak

KUCHING, 7 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya mengusir serami 34 pendatang asing tanpa izin (Pati) dalam beberapa operasi berasingan sejak 1 Januari hingga semalam (6 Jan).

Sel perhubungan Raya Markas 1 Divisyen Pertama Infantri ATM berkata Sektor Serikin mencatatkan 4 kes pengusiran Pati melibatkan 23 orang PATI dengan kes terbesar direkodkan pada adalah pada 3 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, 15 Pati terbabit yang terdiri daripada tujuh lelaki, lima wanita, tiga kanak-kanak ditahan dan diperiksa ketika melalui Sekatan Jalan Raya Pos Serikin.


Sementara itu, Sektor Lubok Antu dan Kendaie turut mencatakan tiga kes pengusiran melibatkan 11 pati telah diusir kembali ke negara asal mereka.

“Pelbagai alasan dan taktik digunakan mereka untuk menyelinap masuk ke Malaysia berkemungkinan atas desakan hidup impak daripada pandemik Wabak Covid-19,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

barangan makanan yang cuba di seludup masuk ke negara jiran menerusi sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu dan Lubok Antu

Katanya, selain kes pengusiran Pati, anggota ATM yang bertugas diperbatasan turut berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar barangan makanan ke Indonesia menerusi semapada di Tebedu dan Lubuk Antu dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM4192.70.

“Tentera Darat Malaysia sentiasa bersedia dan meningkatkan lagi kesiagaan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan Negara sebilang masa.

“1 Divisyen komited meneruskan inisiatif OPS BENTENG dalam mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan serta aktiviti menyelinap masuk ke Sarawak,”kata kenyataan itu. — DayakDaily