APMM tahan kapal tangki bawa diesel lebih muatan di Miri

Kapal Tangki yang ditahan oleh APPM Zon Maritim Miri selepas didapati membawa diesel melebihi muatan dibenarkan
Advertisement

MIRI, 11 Feb: Tindakan sebuah kapal tangki membawa muatan diesel melebihi muatannya membawa padah apabila ia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri ketika ingin memasuki perairan sungai Miri sekitar jam 2.20 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Md. Fauzi bin Othman berkata kapal tersebut yang baharu tiba dari Labuan dan dalam perjalan ke sungai Miri ditahan pada jarak lebih kurang 1.1 batu nautika dari muara Sungai Miri oleh aset Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan Op Permai.

“Empat kru termasuk nakhoda ditahan kerana kesalahan membawa minyak diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan dan melanggar syarat pas semasa diperiksa pada sekitar jam 2.20 pagi tadi.

Advertisement
Empat Kru Kapal tangki yang ditahan APPM Zon Maritim Miri selepas didapati membawa diesel melebihi muatan dibenarkan

ā€œSiasatan lanjut mendapati kapal tersebut membawa muatan minyak diesel lebih kurang 200,000 liter dan telah melebihi kuantiti yang dibenarkan pada syarat sah lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut terhadap kesemua kru terbabit berumur diantara 24 ingga 49 tahun turut mendapati mereka melanggar syarat pas Imigresen.

Katanya, kesemua kru beserta kapal serta muatan minyak diesel yang anggaran bernilai RM420,000 diiring masuk ke Jeti PTV Zon Maritim Miri untuk siasatan lanjut.

ā€œKes akan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) Pengangkutan Petroleum melalui air,1985 iaitu membawa minyak diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan dan juga kesalahan Peraturan 39(b) peraturan-peraturan imigresen 1963, Langgar syarat Pas,” katanya

Fauzi berkata, ujian saringan Covid-19 turut dilakukan terhadap keempat-empat kru tersebut sebaik tiba di jeti sebagai langkah pencegahan penularan wabak terbabit di kalangan tahanan. ā€” DayakDaily

Advertisement