Apa pasal motosikal menjadi mangsa?

Suspek warga Filipina ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 31 Mac: Perbuatan seorang lelaki warga Filipina merosakkan sebuah motorsikal milik jirannya menggunakan sebilah kapak di Kampung Sealine, Lutong, membawa padah, apabila dia ditahan polis untuk siasatan.

Dalam kejadian semalam itu yang berlaku sekitar 3 petang diperkarangan sebuah rumah sewa, suspek dikatakan telah mengambik sebilah kapak dan mula mengetuk motorsikal tersebut sehinga rosak.


Difahamkan suspek dan pemilik motorsikal menyewa di rumah yang sama.

Namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Satu laporan polis telah dibuat pemilik motorsikal tersebut yang berasal dari Indonesia.

Bertindak dari laporan tersebut, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) telah menahan suspek berusia 30 tahun di rumah sewanya di Kampung Sealine Lutong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. — DayakDaily