Angkut minuman keras guna van jenazah ditumpaskan di Sarikei

Senario di tempat tangkapan di Jalan Central Sarikei, petang semalam

Oleh Roslan Mutu

SARIKEI, 1 Januari: Kegunaan van jenazah untuk menyeludup minuman keras akhirnya tumpas apabila sepasukan Polis Marin yang di ketuai ASP Syahruddin berjaya menumpaskan sindiket yang mengaburkan mata pihak berkuasa dengan taktik yang licik tersebut.

Apabila sampai di tempat lokasi yang terletak di Jalan Central Sarikei, di sini semalam, sepasukan Polis Marin mendapati van jenazah tersebut mengandungi sejumlah minuman keras dipercayai tiada kelulusan kastam disembunyikan di dalam kenderaan tersebut.

Sepasukan Polis Marin mengangkat minuman keras keluar daripada van jenazah yang digunakan mengankut minuman keras di Sarikei.
van jenazah yang digunakan menyeludup minuman keras di Sarikei berjaya ditumpaskan oleh sepasukan Polis Marin

Sepasukan Pasukan Polis Marin dari Sarikei dan Sibu bertindak hasil maklumat risikan pada jam lebih kurang 1 petang yang diterima daripada sepasukan Unit Risik Marin Wilayah Lima Sarawak yang terlatih dan mempunyai pengetahuan luas dalam bidang risikan.

Rampasan dan tangkapan dibawah Akta Kastam dengan nilai rampasan dianggarkan RM 145,725.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Pusat Sarikei dan kes diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. – DayakDaily